Tanda-tanda Hari Kiamat

Tanda-tanda kiamat kecil

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Telah dinyatakan bahawa tanda-tanda kiamat adalah petunjuk atau isyarat yang sudah hampirnya hari kiamattanda-tanda kiamat besar. Sebahagian ulama telah mengira tanda-tandanya dan menemui lebih 90 tanda walaupun berbeza menurut para penghitungnya. dan bakal menyusul pula

Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadisNabi Muhammad s.a.w. sendiri. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi.

Tanda-tanda menurut dalil

  • Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik r.a., katanya, “Rasulullah s. a. w. telah bersabda:”Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari[1]
  • Zina bermaharajalela
“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim
  • Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
  • Bermaharajalela alat muzik
Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.”Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah
  • Menghias masjid dan membanggakannya
Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat Nasai.
  • Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik
Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim
  • Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
  • Ramai orang soleh meninggal dunia
Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran – Riwayat Ahmad
  • Orang hina mendapat kedudukan terhormat
Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” – Riwayat Thabrani
  • Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad
  • Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”
  • Bulan sabit kelihatan besar
Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.” – Riwayat Thabrani
  • Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu” – Sahih Muslim
  • Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar” – Riwayat Ahmad
  • Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai.” – Sahih Muslim
  • Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa
  • Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar.” – Riwayat Bukhari
  • Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai
  • Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
  • Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
  • Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.
  • Orang akan melakukan homoseksual.
  • Akan terdapat ramai anak luar nikah.

– Abdullah Ibn Mas’ood (R.A.)

  • Berkurangnya sifat amanah
  • Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)
  • Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya
  • Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya
  • Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid
  • Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
  • Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya
Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: “Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan”. – Riwayat Tarmizi
  • Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
  • Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara…
  • Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)
  • Memandang rendah kepada darah
Rasulullah bersabda: “Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila telah muncul enam perkara: perlantikan pemimpin yang boodoh, ramainya bilangan anggota polis, penjualan kepemimpinan, tiada penghargaan terhadap darah, pemutusan silaturrahim, orang mabuk menjadikan al-Quran sebagai alat nyanyi yang mereka mendahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun orang tersebut paling sedikit ilmunya.” – Sahih Riwayat Tabrani & Ahmad
  • Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)
Dari riwayat Ibnu Masud: “Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat: Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar dan berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang” – Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad
  • Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.
  • Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan
Sungguh hebat dia, sunggu jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun” – Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah
  • Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan
“Tidak akan berlaku kiamat sehingga apabila seorang lelaki melalui sebuah kubur maka ia akan berkata: ‘Aduhai seandainya aku juga berada ditempatnya.'” – Riwayat Bukhari[2] dan Muslim
  • Banyaknya berlaku gempa bumi[2]
  • Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan[2]
  • Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan[2]
“Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan – Sahih Bukhari[2]
  • Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba
  • Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat
  • Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba
  • Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat
Masjid dijadikan sebagai jalan-jalan dan timbulnya mati mendadak” – Hasan At-Tayalisy.

Tanda-tanda kiamat Besar

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Tanda-tanda kiamat besar merupakan suatu peralihan dari tanda-tanda kiamat kecil dan juga petanda ini menunjukkan bahawa dunia semakin amat dekat dengan hari kiamat.

Antara tanda-tanda berikut menurut hadis

  • Keluar sejenis binatang dari bumi bernama Daabatul Ardii.
  • Lahirnya Dajjal.
  • Keluar asap tebal.
  • Turunnya Nabi Isa A.S.
  • Kemunculan Imam Mahdi.
  • Matahari terbit ke arah barat.
  • Keluarnya suku Yajuj dan Majuj.
  • Diangkat Al-Quran dan perkara-perkara yang baik
  • Runtuhnya Ka’abah
  • Terdengar tiupan sangkakala pertama.
  • Ada adzan tak di jawab

P/s: Marilah kita sentiasa ingat akan tibanya hari Kiamat ini …. sesungguhnya Kiamat itu adalah BENAR!!!

Sedikit visual untuk sekadar renungan bersama:

25 Responses to Tanda-tanda Hari Kiamat

  1. waJi says:

    astaufiruLLahalazim…!semOga kite sama2 beramal dgn ilmu yag baik dan sempurna//insyaAllah…

  2. yusuf says:

    ASS.WR.WB
    AKU PERCAYA PADA HARI KIAMAT, APALAGI SUDAH ADA KIAMAT KECIL (BENCANA DIMANA-MANA)
    >>>>>APAKAH KIAMAT BESAR ITU TERJADI TAHUN 2013
    HANYA ALLAH SAJALAH YANG TAHU DAN
    SEMOGA KITA TERMASUK GOLONGAN PENGHUNI SURGA”AMIN”
    WASS.WR.WB

  3. taa says:

    ass.wr.wb

    sastaufiruallah..

    kita harus berhati-hati karna kita harus memaafkan dosa dosa kita..
    biar kita masuk surga ..

    ^ameennnn^

  4. warsih says:

    lebih baik kita memperbanyak ibadah dr sekarang klo g skarang kpn lg..

  5. Naldi says:

    subhanallah …. !!
    Allah maha besar …
    tiada tuhan yang patut si sembah kecuali allah …
    semoga kita tidak termasuk orang2 penghuni neraka

  6. Risya says:

    Semoga kita termasuk orang-orang yang beruntung dan diridoi Alloh.Amiin

  7. claraaaaaa says:

    aku senang dngan kiamat………

  8. husna says:

    ALLAHUAKBAR……
    semoga kta insaf dan lbh mperbanyakkan amalan kebaikan…
    bertaubat dan beringat lah bahwa kta tidak kekal d dunia ini.
    bawa la bekalan sebanyak yg mgkin utk bertemu dgn tuan empunya dunia…..ALLAH MAHA BESAR

  9. nur says:

    ya….Allah
    semoga orang orang yang suka berbuat zina pada tobat kejalanMu,jangankanlah Kau datangkan kiamat sebelum semua manusia menyebut namaMu ALLah,,,,

  10. intan says:

    subhanalah apakah itu ujian dari allah karna kita telah berbuat ke salahan “ya allah ampunilah hamba mu ini yang tlah membuat kesalahan dan semoga allah mengampuninya” (amien). . .

  11. malia says:

    bertaubatlah wahai manusia!!!!!!!!!

  12. jujur aq tkut bgd ma hari kiamat

  13. ympuun aq tkut,,astagfirullah

  14. hayati says:

    ya Allah ampunilah hamba-hamba mu ini ya Allah
    janganlah ya Allah kau datangkan kiamat karena amalan umat mu belum sempurna ..

  15. Ani Indriyani says:

    ya ALLah kenapa hidup seperti ini,jangan dulu aku masih punya dosa kepada orang-orang sekeliling aku…

  16. aditya the last devil says:

    Ya Allah, ampunilah dosa2ku, dosa2 keluargaku, dan semua dosa2 orang mukmin dan muslim yg besar dan kecil, yg nyata dan tidak nyata. Hanya Engkau lah yg maha mengetahui, dan hanya Engkau lah yg memberi ampunan……….dan mudah2an kita di beri hidayah dan inayah-nya sehingga kita termusuk orang2 yag shaleh dan shalehah yg akhirnya khusnul khotimah….. AMIN

  17. DeVi aVIeRo says:

    MuDaH2aN qTa sLaLu dLiNdUngI ALLAH daN mELaKuKaN HaL yg tBaIk fOr aLl d’sIsa hIdUp qTa.aMiEn….

  18. rizwan zakki adzkar says:

    assalamualaikum wr wb

    ya ALLOH mari kita tingkatkan ibadah kita karena kiamat ternyata sudah dekat………

  19. cinta says:

    it’s very make me scare,,,,

  20. sisil says:

    ih…… w tkut…. bnget benrn kimat tahun 2012??

  21. regy says:

    ngapain takut qta juga nanti pasti mati,,,

  22. Ass….

    Jgn tkut dgn dtngnya kiamat yg pnting kta menjlnkan sholat 5wktu

    wassalam…..

  23. rosmawati bte shaarani says:

    mati itu benar……
    kiamat itu benar……
    sembahyanglah sebelum kamu disembahyangkan.
    berjuanglah atas jalan islam
    memperbanyakan amal kebajikan

  24. Cepat atau lambat hari kiamat pasti akan datang,cuman kita belum tahu kapan akan datang,itu Semua Rahasia ILLAHI

  25. fazleen says:

    sesunggnhNya hari kiamat itu benar-benar wujud..maka hendaklah kamu sentiasa bersedia menghadapinya dgn menyiapkan diri dengan AMAL MA’ARUF!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: