Kesan Pilihanraya Umum 2008

(Copy dari IZOBLOG)

8 Mac yang lepas merupakan satu tarikh yang meninggalkan impak yang besar dalam sejarah politik negara bila buat pertama kali barisan pemerintah parti Barisan Nasional mengalami kekalahan yang teruk, lebih teruk daripada pilihanraya tahun 1963 di mana beberapa buah negeri tewas ke tangan pembangkang. Dan buat pertama kali juga barisan pembangkang berjaya menafikan majoriti 2/3 Parti Perikatan di dalam kabinet sekaligus terjadinya insiden 13 May 1963 pada ketika itu.

Serba sedikit keputusan pilihanraya kali ini mengundang pelbagai kritikan dari segala pihak terutama sekali pemerhati dan penganalisa politik bebas, yang memberi pendapat bahawa, rakyat Malaysia telah mencapai satu tahap kematangan yang tinggi dalam menentukan masa depan perjalanan Malaysia.

Tsunami Politik.

Saya memandang istilah tsunami politik yang dipergunakan oleh media adalah satu istilah yang lucu. Seperti yang diketahui, tsunami adalah kejadian semulajadi, kedatangannya hanya akan disedari beberapa minit sebelum ia mencecah pantai. Tetapi apa yang telah terjadi pada Sabtu 8 Mac adalah self inflicted. Di mana amarannya sudah jelas dilaungkan oleh rakyat sejak dua tahun yang lepas. Tetapi pemerintahan Pak Lah Badawi terus memekakkan telinga, membutakan mata daripada memenuhi tuntutan rakyat dan lebih mementingkan isi perut kroni dan ahli keluarga masing-masing.

Dua tiga hari selepas keputusan pilihanraya, komen daripada ahli Barisan Nasional terutama sekali dari UMNO tumbuh macam cendawan hujan. Semuanya berpendapat bahawa post-mortem perlu dijalankan untuk mengkaji punca kekalahan yang teruk Barisan Nasional pada pilihanraya ke-12 pada kali ini.

Datuk Seri Rafidah Aziz
Barisan Nasional should conduct a post-mortem on the shocking losses in the 12th general election

Datuk Seri Mohd Ali Rustam
Post-mortem would be carried out to determine the cause of the losses here including the effects of an increase in opposition representation in the state legislature.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Barisan Nasional will appoint an independent panel to do a post- mortem of the results of the 12th general election

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
The Barisan Nasional has to be introspective and assess what caused it to lose several states and seats in the general election

Datuk Seri Ong Ka Ting
we will conduct a very thorough and in-depth study into all the factors that led to such results.

Datuk Seri Zainuddin Maidin
The political tsunami that occurred during the general election provides an important lesson to Umno and the national leaders

Tengku Razaleigh Hamzah
The Umno supreme council must do its homework soon to find the root causes of these problems and weed them out before it is too late

Jelasnya, mereka masih tercari-cari idea mengapa mereka tewas. Dan tak perlulah untuk membelanjakan RM 4.3 billion untuk usaha mengumpul data dan statistik dari mana datangnya vote-swing di kalangan rakyat.

Rasuah dan korupsi (corruption)

Kerajaan Pak Lah Badawi selepas kemenangan yang besar pada tahun 2004 dulu pernah berjanji akan memastikan pemerintahannya bersih, telus dan amanah. Tetapi selepas beberapa tahun beliau mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan yang lepas. Lebih banyak kes rasuah yang dilaporkan melibatkan wang rakyat. Dan kes kes berprofile tinggi seperti komisyen pembelian Sukhoi daripada kerajaan Russia yang memakan kos sebanyak RM 530 juta serta ‘Istana’ Zakaria terlepas daripada siasatan BPR walaupun mendapat perhatian Sultan Selangor.

Sistem perundangan dan badan kehakiman Malaysia juga tercalar teruk dengan bagaimana Kerajaan Malaysia secara tidak langsung campurtangan dalam proses pengadilan sesuatu kes, terutama sekali jika ia melibatkan menteri dan orang atasan kerajaan contohnya kes pembunuhan Altantuya Shaaribu. Ditambah lagi dengan skandal video V.K Lingam yang cuba mengatur perlantikan panel juri hakim yang baru. Dan sehingga kini kedua-dua kes tersebut masih lagi tergantung serta masih dalam perbicaraan.

Laporan dari World Transparency International mendedahkan bahawa Corruption Perceptions Index bagi Malaysia meningkat 4.9 pada tahun 2007 berbanding 2.8 pada tahun 2006. Saya masih tak mengerti kenapa pemerintahan Pak Lah masih berani mengatakan bahawa mereka telus walhal segalanya sudah jelas terang lagi bersuluh. Rakyat tidak bodoh.

Barisan Nasional yang angkuh (arrogance)

Tak dinafikan, setelah 50 tahun pilihanraya, mereka tidak pernah tewas menjadikan mereka sangat angkuh dan menganggap Barisan Nasional akan terus berdiri tegak di dalam hati rakyat. Segalanya jelas apabila mereka tidak lagi peduli dengan kritikan dan suara rakyat yang menginginkan sesuatu polisi itu digubal untuk kebaikan rakyat. Kritikan terhadap komponen parti tidak akan diterima. Kritikan daripada pihak pembangkang akan dianggap bakal menimbulkan ketegangan kaum (racial tension).

Demokrasi berparlimen yang dilaung-laungkan oleh kerajaan Barisan Nasional adalah demokrasi sampah. Terbukti dengan pelbagai tangkapan yang dibuat terhadap rakyat serta pemimpin pembangkang yang mengkritik pemerintahan Pak Lah Badawi. Dengan wujudnya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) , seseorang itu boleh ditangkap dan dipenjarakan tanpa didakwa di mahkamah, dan Kerajaan Barisan Nasional mempergunakan ISA sebagai alat untuk ‘mendiamkan’ rakyat. Terima kasih kepada mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad yang menjadi role model kepada Pak Lah Badawi.

Nampaknya rakyat sudah jelek dan benci dengan keangkuhan Barisan Nasional pada kali ini. Tak terhad juga kepada penyokong-penyokong Barisan Nasional yang juga sangat angkuh dengan hanya menutup sebelah mata walaupun menyedari betapa rosaknya Barisan Nasional dan UMNO hingga ke akar umbi.

Dasar Ekonomi Baru.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosio ekonomi di Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato’ Hussein. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk:

  1. mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; dan
  2. mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

Tetapi masih relevankah lagi DEB ini? Isu DEB adalah satu yang amat sensitif bagi orang Melayu yang inginkan pembelaan daripada kerajaan.

Penyelewangan dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru ini telah menyebabkan dua generasi rakyat Malaysia merasa teranaiya dan menuntut keadilan dan merasa hak dan kepentingan mereka telahpun dikorbankan, masing-masing dengan alasan yang berlainan.

Walau bagaimanapun, kita semua boleh setuju bahawa pelaksanaan yang kurang baik dan pemantauan yang kurang berkesan telah menyebabkan ketirisan dan penyelewangan di mana manfaat hanya dinikmati dengan lebih banyaknya oleh sekumpulan kecil sahaja. Dasar seperti ini sememangnya akan gagal apabila ada pemimpin yang masih anggap sudah memadai apabila beberapa jutawan dapat dihasilkan manakala majoriti rakyat yang menjadi sasaran tidak dapat menikmati faedahnya sebagai kumpulan tersasar.

Perdana Menteri sendiri telah mengakui bahawa Dasar Ekonomi Baru perlu diperbaiki kerana dasar ini telah menyemaikan orang Melayu bukan dengan semangat keusahawanan yang diharapkan tetapi sebaliknya ia telah melahirkan golongan yang terlalu bergantung kepada pemberian kontrak kerajaan dan kroni kapitalist adalah nama yang diberikan kepada golongan ini yang mempunyai pertalian politik dengan orang yang boleh buat keputusan.

Semakin ramai rakyat Malaysia, baik orang Melayu mahu pun orang bukan Melayu sudah menyoalkan sama ada Dasar Ekonomi Baru masih diperlukan.

DEB sudah lama terbunuh, oleh UMNO sendiri.

Bukankah Umno sendiri yang membunuh DEB ketika melaksanakan Wilayah pembangunan Iskandar. Kenyataan pemimpin Umno dan Tan Sri Musa Hitam mengatakan bahawa ketepikan DEB dalam membangunkan WPI. Kenapa tidak ada siri demonstrasi membantah kenyataan pemimpin Umno.

Sebenarnya pemimpin Barisan Nasional terutama sekali UMNO bersifat hipokrit sahaja dalam apa sahaja dasar yang mereka perkenalkan. Mereka bukan ikhlas tetapi hendak menipu dan umpan politik sahaja. Dasar dan amalan yang mereka perkenalkan kepada rakyat hanyalah lipstik untuk melindung agenda perut dan tembolok masing-masing.

Sama juga dasar penerapan nilai Islam yang diperkenalkan pada tahun 1981 dahulu hanya untuk sekat kebagkitan Islam supaya orang tidak sokong PAS. Begitu juga dengan Islam Hadhari hanya hendak tipu golongan agama supaya bersekongkol dengan kezaliman Umno-BN. Demikian juga dasar DEB yang diperkenalkan bukannya mereka ikhlas untuk menjayakan. Kalau betul mereka ikhlas sudah tentu ia sudah berjaya. Sejak dilaksanakan pada tahun 1971 dan tamat 1990 untuk mencapai ekuiti bumiputera 30% malangnya apabila tamat pada tahun 1990 ia hanya mencapai 18%. Lebih malang lagi ekuiti Bumiputera menurun lagi kepada 15% pada tahun 2000.

Saya tidak harian kalau Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang yang menyebut bahawa beliau hendak ketepikan DEB dan akan membantu semua kaum yang patut dibela. Kalau Lim Guan Eng bersetuju dengan DEB maka lebih baik dia bertanding atas tiket BN dalam pilihan raya yang lalu. Tetapi menjadi kehairanan apabila pemimpin Umno yang berselindung di sebalik DEB merampas hak Melayu dan orang susah melalui projek yang diberikan kepada mereka. Bukankah banyak kontrak diberikan selama ini kepada mereka yang mempunyai hubungan dengan pemimpin Umno dan kemudian mereka mengalibabakan kepada orang lain. Ini sudah menjadi rahsia umum.

Sebelum pemimpin UMNO/BN merapu dan melalut maka terlebih dahulu eloklah dirujuk semula perkara di bawah dan fikir semula adakah mereka benar-benar memperjuangkan DEB?

1. Kenapa setelah 50 tahun Umno berkuasa gagal membasmi kemiskinan di kalangan orang Melayu, sedangkan Perdana Menteri dan menteri Kabinet majoriti adalah orang Umno. Begitu juga dengan Menteri Besarnya adalah orang Umno.

2. Sejak Rancangan Malaysia Pertama sampai kesembilan kerajaan telah membelanja wang rakyat sebanyak RM1.2 trilion tetapi orang Melayu masih miskin. Ke manakah projek DEB untuk membasmi kemiskinan.

3. Kenapa kadar kemiskinan di kalangan bumiputera Melayu masih tinggi berbanding dengan bangsa lain. Menurut Dato’ Zainal Osman bekas Timbalan Menteri Luar Bandar Dan Wilayah pada 7/12/07 ialah kadar kemiskinan Bumiputera 8.3%, India 2.9% dan China 0.6%. Kenapa masih tinggi lagi orang Melayu miskin. Siapa yang memerintah selama ini PAS atau Umno, DAP atau Umno, PKR atau Umno?

4. Bukankan wang PPRT sebanyak RM32 juta yang sepatutnya diberi kepada mereka yang miskin telah disonglap dan diberi kepada seorang Dato’ yang bukan Melayu untuk tanam bunga orkid dan pelihara ikan. Orang miskin gigit jari dan gigit lidi. Pemimpin Umno yang diamanahkan wang PPRT bebas ke sana kemari. Macam mana orang Melayu hendak boleh berdikari kalau pemimpin sendiri pun jadi pencuri, maka orang Melayu miskin kurus macam ular lidi.

5.Apakah ini dasar DEB yang beri komisyen RM530 juta kepada seorang Melayu, Razak Baginda untuk beli kapal selam Scorpene. Cuba bayangkan kalau wang sebanyak ini dibuat rumah kepada rakayat yang tidak bertanah yang berharga RM30,000. Maka seramai 17,666 buah rumah dapat diberi secara percuma. Sekurang-kurangnya orang di Pekan Pahang tidak ada lagi yang duduk dalam pondok buruk yang tidak layak berada di kawasan Timbalan Perdana Menteri.

6. Apakah dasar DEB yang membolehkan satu ketika dahulu Khairy Jamaludin yang mampu beli saham ECM Libra yang bernila RM9.2 juta. Daripada mana beliau dapat wang sebanyak itu. Apakah bapa dia salah seorang hartawan. Kita tidak pernah dengar bapanya seorang yang tersenarai sebagai orang yang kaya sebaris dengan Ananda Krishnan, Syed Mokhtar Bukhari. Kalau beliau bekerja selama 10 tahun dengan gaji sebulan RM10,000 sebulan, Khairy baru dapat simpan wang sebanyak RM1.2 juta. Itupun beliau simpan tak makan dan tidak minum, hanya makan rumput dan batu sahaja. Kesemua ini adalah lambang penyelewengan dalam DEB

7. Kemana pergi tanah rizab Melayu yang ditinggal oleh penjajah seluas 3 juta hektar. Sekarang separuh tanah telah bertukar hak milik hasil pengkhinatan amanah oleh pemimpin Umno. Tahun 1985 sahaja tanah rizab Melayu hanya tinggal 1.7 juta hektar. Sekarang berapa lagi tinggal?

8. Siapakah yang menghalau orang Melayu di Kampung Berembang, adakah ini kerja DAP. Sedangkan mereka yang berada di Kampung Berembang adalah penyokong tegar Umno. Mungkin doa orang yang kena zalim tidak ada hijab maka Khir Toyo merundum daripada takhta.

9. Adakah Patrick Lim yang menjadi penggerak DEB di Terengganu sehingga Terengganu sekarang berjaya meningkat taraf hidup orang Melayu yang tidak ada lagi yang miskin. Adakah ini manusia yang Umno bercakap hendak memperjuangkan orang Melayu dan marah kepada mereka yang hendak mengkritik DEB.

10. Siapakah yang merampas tanah yang diberi oleh kerajaan PAS di Terengganu sebanyak 65156 lot kepada rakyat tanpa mengira kaum. Kebanyakan adalah orang Melayu. Bukankah dengan cara pemberian tanah salah satu daripada usaha kerajaan PAS Terengganu untuk membasmi kemiskinan yang bertepatan dengan DEB, tetapi dikhianati oleh pemimpin Umno yang kononya memperjuangkan DEB. Sekarang musibah sedang menimpa kepada Dato’ Seri Idris Jusuh. Makbul doa orang yang dizalimi

11. Kalau benar Umno mendakwa mereka tunggk DEB kenapa Umno tidak bela orang Melayu di negeri Pulau Pinang suatu ketika dahulu. Kenapa asyik berulang alik ke Kelantan untuk merampas negeri yang dikuasai oleh PAS. Apa dosa pemimpin PAS yang sebangsa dengan pemimpin Umno yang telah berjaya meletakkan Kelantan sebagai negeri contoh kejayaan orang melayu di negara ini.

Sebenarnya apa yang berlaku Umno mengkhinat DEB dan hanya menjadi senjata untuk menarik kembali sokongan apabila sudah kalah. Manakala PAS pula perjuangannya yang konsisten telah melaksanakan apa yang di kehendaki dalam DEB.

Cukup panjang sudah review saya pada kali ini walaupun tak merangkumi semua sekali. Sekalung tahniah kepada rakyat yang bersuara. Kepada PKR,PAS dan DAP, kami rakyat mengharap gelombang perubahan yang baru. Satu penggal ni harus dibuktikan bahawa Barisan Rakyat telus untuk memperjuangkan hak rakyat Malaysia. Diharap segala masalah dalaman dalam usaha pengagihan kerusi Exco di beberapa buah negeri akan menemuni jalan penyelesaian dan saya memandang keadaan ini ada sihat untuk politik negara pada masa akan datang. Tiada diskriminasi antara kaum. Tiada racism sentiments yang dipergunakan oleh UMNO/BN sebagai senjata untuk menakut-nakutkan serta merosakkan minda rakyat. Insyaallah.

Jazakallahu khairan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: