Cara Tuntut Rebet Tunai Minyak

rebet minyak

Prosedur untuk menuntut rebet tunai minyak di pejabat pos mulai 14 Jun ini;

  1. Perlu bawa kad pengenalan atau MyKad atau kad pengenalan polis/tentera.
  2. Pemilik asal kenderaan sahaja.
  3. Maksimum lima kenderaan persendirian bagi setiap pemilik.
  4. Penuntut perlu mengisi butiran seperti nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor pendaftaran kenderaan pada borang yang hanya terdapat di pejabat pos.
  5. Mereka yang memiliki lebih daripada satu kenderaan, perlu mengisi borang berasingan bagi setiap kenderaan.
  6. Kakitangan Pos Malaysia akan mengesahkannya dengan sistem pangkalan data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menentukan kelayakan rebet tunai itu.
  7. Pihak ketiga tidak dibenarkan membuat tuntutan bagi pihak pemilik kenderaan.

Selain membuat bayaran tuntutan secara tunai, Pos Malaysia juga menyediakan kemudahan bayaran rebet tunai menerusi kiriman wang.

Bagi mendapatkan bayaran melalui kiriman wang, pengguna perlu melakukan prosedur yang sama tetapi dikehendaki menulis alamat tetap atau alamat surat menyurat serta nombor telefon pada borang untuk dihubungi sebelum memasukkan borang mereka ke dalam tong atau kotak yang disediakan di pejabat pos.

Tempoh masa maksimum penerimaan bayaran melalui kiriman wang pos adalah tujuh hari. Borang yang dimasukkan dalam kotak itu akan diproses pada hari yang sama. Pemilik kenderaan boleh menunaikan kiriman wang di pejabat pos yang berhampiran atau masukkan ke dalam akaun bank persendirian.

Bagi tempoh Fasa 1, pemilik kenderaan yang telah membeli atau memperbaharui cukai jalan dari 1 April hingga 31 Mei tahun ini boleh membuat tuntutan mulai Sabtu ini sehingga 31 Mac tahun depan.

Bagi Fasa 2, pemilik kenderaan yang membeli atau memperbaharui cukai jalan dari 1 Jun tahun ini sehingga 31 Mac, 2009, boleh membuat tuntutan bagi rebet tunai di semua pejabat pos mulai 1 Julai.

Semua pejabat pos akan beroperasi dari 8.30 pagi hingga 5 petang dari Isnin hingga Sabtu kecuali di Kedah, Kelantan dan Terengganu berikutan Jumaat merupakan cuti hujung minggu. Pejabat pos ditutup pada Sabtu pertama setiap bulan dan juga pada cuti umum.

Prosedur tuntutan rebet tunai minyak ini dijelaskan oleh Pemangku Pengarah Urusan Pos Malaysia Berhad Datuk Abu Huraira Abu Yazid. Maklumat lebih lanjut dan borang tuntutan rebet tunai ini boleh diperolehi di laman web Pos Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan baru-baru ini pemilik kereta sehingga 2,000cc, serta pikap, trak dan jip sehingga 2,500cc, akan mendapat rebat RM625 bagi setiap kenderaan manakala motosikal 250cc akan menerima RM150, sebagai meringankan beban mereka berikutan kenaikan harga petrol kepada RM2.70 seliter dan diesel kepada RM2.58 seliter.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: