Kelantan jadi rebutan kerana kekayaan hasil minyaknya.

Kelantan jadi rebutan kerana kekayaan hasil minyaknya.

Tuan tuan dan puan puan sekelian,

Mahaguru58 mendapat maklumat terkini dari sumber dalaman tentang kenapa Pakatan BN berusaha bergolok bergadai mempertingkatkan kempen menakluki Kelantan Darul Naim dengan berbelanja berjuta juta demi mencapai matlamat mereka untuk kembali berkuasa di negeri tersebut yang Alhamdulillah masih mendapat kepercayaan rakyat marhaen untuk terus berada dibawah pemerintahan Parti Islam seMalaysia?

KESUNGGUHAN
Barisan Nasional (BN) mahu merampas Kelantan dari tangan PAS bukanlah kerana mahu membangunkan Kelantan tetapi sebaliknya mahu mengaut kekayaan dari hasil bumi negeri Cik Siti Wan Kembang ini untuk menambah kekayaan peribadi dan kroni mereka sahaja.

Simpanan gas asli sebanyak 13 trillion kaki persegi (13,000,000,000,000) di perairan Kelantan cukup membuatkan pemimpin BN dan kroni mereka tidak senang duduk dan mahu kembali memerintah agar hasil tersebut dapat mereka kaut.

Hasil bumi Kelantan itu sudah sedia untuk diterokai dan hasilnya cukup untuk tempoh 500 tahun iaitu cukup untuk tujuh generasi rakyat Kelantan.
Simpanan gas asli tersebut terletak di Blok-Blok berikut,

  • Blok A18
  • Blok B17 & C19
  • PM3
  • Sub-Blok Ular
  • PM301 & PM302
  • PM303
  • PM311 & 312

Rakyat Kelantan menerusi kerajaan pimpinan Tuan Guru menuntut hak Pendaratan GAS ASLI itu di buat di pantai Kelantan dan menuntut royalti GAS ASLI yang menjadi hasil bumi rakyat Kelantan di bayar kepada Rakyat Kelantan.

APA YANG BARISAN NASIONAL SEMBUNYIKAN DARI RAKYAT KELANTAN?

  • Petronas mengesahkan bahawa operasi GAS ASLI di BLOK A 18 sudah bermula menerusi Syarikat Carigali HESS.
  • Sekarang ini, operasinya mengeluarkan 6,000 tong GAS ASLI sehari. Jarak Blok A18 adalah lebih dekat ke Kota Bharu daripada di hantar ke Kerteh dan Songkhla.
  • Kerajaan BN bagaimanapun memilih pendaratan GAS ASLI itu dibuat di Songkla walaupun kosnya lebih tinggi akibat jarak yang jauh itu.
  • Dalam usaha mempertahankan hak rakyat Kelantan dan memperkasakan hasil bumi Kelantan untuk rakyat Kelantan, Kerajaan Kelantan pimpinan PAS telah meluluskan pembinaan Terminal Pendaratan Gas Asli dan juga Supply Base untuk Petroleum.
  • Menerusi penerokaan GAS ASLI di Blok A 18, setiap hari, Petronas sepatutnya membayar rakyat Kelantan royalti yang bernilai RM512,000.00 (RM512 ribu) sehari dan ini bererti Kerajaan Kelantan seharusnya mendapat pendapatan tambahan dari royalti GAS ASLI yang bernilai RM186,880,000 (RM186 juta) setahun.
  • Menerusi hasil terbaharu ini, PAS Kelantan sudah berjanji untuk memberi subsidi gas memasak sebanyak RM3.00 se tong bagi rakyat Kelantan.
  • PAS Kelantan juga akan menggunakan hasil pendapatan baru itu untuk tujuan kebajikan dan mempertingkatkan taraf hidup rakyat Kelantan serta membasmi kemiskinan.

PERANCANGAN OPERASI TELAGA-TELAGA GAS ASLI LAIN DI PERAIRAN KELANTAN

  • Blok A 18 Fasa 2 pada tahun 2010
  • Blok B 17 dan C 19 – Operasi bermula suku ke tiga 2009.
  • Blok PM301 dan PM302 – Operasi bermula 2011 dan 2012
  • Blok PM3 – Operasi bermula suku ke tiga 2008

Sebab itulah BN berusaha sangat merampas semula Kelantan kerana tidak mahu royalti GAS ASLI ini digunakan oleh Kerajaan PAS membangunkan Kelantan sehingga mengakibatkan Kelantan semakin pesat membangun dan membuat mustahil bagi BN untuk merampas Kelantan semula.

BERAPA BANYAK ROYALTI GAS ASLI YANG MENJADI HAK RAKYAT KELANTAN?

Apabila semua telaga-telaga GAS ASLI ini beroperasi Royalti GAS ASLI yang akan diterima rakyat Kelantan ialah bernilai RM1,000,000, 000 (RM1 Billion).

Sebab itulah BN mahu merampas Kelantan sebelum telaga-telaga GAS ASLI ini mula beroperasi.

ROYALTI GAS ASLI HAK RAKYAT KELANTAN

PAS komited dan akan memperjuangkan habis-habisan bersama rakyat Kelantan untuk mendapatkan royalti GAS ASLI ini.

Jika BN merampas Kelantan, royalti GAS ASLI tidak akan menjadi milik rakyat Kelantan dan rakyat Kelantan akan menerima nasib yang sama seperti Terengganu.

Terengganu menikmati royalti minyak dan GAS ASLI sebanyak RM1.2 billion setahun di dalam bentuk wang ehsan.

Wang Ehsan tidak diberi kepada kerajaan Terengganu tetapi disalurkan kepada orang tertentu seperti Patrick Lim untuk digunakan untuk projek seperti Monsoon Cup dan Pembinaan Taman Islam Hadhari yang tidak mendatangkan hasil terus kepada rakyat Terengganu.

Jika BN memerintah, rakyat Kelantan akan terus hidup dibelenggu kemiskinan dan ekonomi negeri akan semakin teruk seperti di Terengganu.

Walaupun menerima RM1.2 billion setahun, rakyat Terengganu lebih miskin dari rakyat Kelantan.

Hutang tertunggak Terengganu, lebih RM300 juta sedangkan hutang tertunggak Kelantan semenjak pemerintahan PAS hanya tinggal kurang RM12 juta sahaja!

Maka sedarlah rakyat Malaysia akan kenapa Pakatan BN beriya benar untuk mendapatkan Kelantan?

Bukan sebab nak tolong rakyat! Nak gulung berapa banyak yang pemimpin BN Kelantan boleh sedut dari hasil minyak dan gas asli dari perairan negeri Kelantan dan juga dari isi bumi nya.

Semoga rakyat Malaysia semua celik mata akan matlamat Pakatan Barisan Nasional dan sekroni dengan nya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: