Terapi spa ikan

Date: 04 Nov 2008

Lokasi: Tesco Saujana Impian

Kos: 20 minit RM10

TAPAK kaki anda kering dan mengelupas. Tetapi anda enggan melakukan rawatan kaki di pusat-pusat kecantikan biasa.

Mungkin anda inginkan satu alternatif rawatan? Dengan janji menawarkan pengalaman spa yang lain daripada biasa, mungkin rawatan spa ikan adalah jawapannya.

Bayangkan kaki anda direndam di dalam sebuah kolam dengan ratusan ikan-ikan kecil menggigit kaki. Tentu geli atau menakutkan bukan?

Tetapi tahukah anda, ikan yang dikenali sebagai Dr. Fish ini mempunyai manfaat yang besar kepada kesihatan kulit seperti melancarkan aliran darah, menghilangkan sel-sel kulit yang mati, mengurangkan parut-parut kecil termasuk penyakit kulit psoriasis dan ekzema.

Sungguhpun kecil, ikan-ikan ini juga mampu menghilangkan stres dan tekanan harian yang dialami pengunjung, tiada apa yang harus ditakutkan kerana sungguhpun ikan-ikan ini menggigit kaki, ia tidak mempunyai gigi.

Menjelaskan lebih lanjut berkenaan rawatan ikan itu:

“Ikan-ikan di dalam setiap kolam akan memakan kulit mati dan seterusnya menjadikan kulit lebih licin dan sihat.

“Pada peringkat awal, mungkin pengunjung berasa tidak biasa, tetapi lama-kelamaan rasa gentar itu akan hilang dan hanya terasa geli seperti seseorang sedang menggeletek kaki dengan perlahan,” ujarnya.

Dengan kulit yang licin dan pori-pori kulit yang tidak tersumbat, gigitan ikan-ikan ini membantu melancarkan aliran darah di kulit.

Bagaimanakah spa ikan ini bermula?

“Sejak berdekad-dekad lamanya, ramai yang mencari rawatan alternatif akan pergi ke negara-negara Eropah Timur seperti Turki, Syria dan Jordan untuk mencuba rawatan Dr. Fish di spa-spa air panas di sana.

“Malah, tabiat pemakanan unik ikan-ikan ini mula ditemui di kawasan air panas yang terletak di Kangal, Turki,” populariti rawatan ikan itu mula menyerlah pada tahun 2006.

Pada hari ini, rawatan spa ikan semakin berkembang di beberapa negara Asia seperti Jepun, Korea, China, Singapura dan Malaysia.

“Biasanya, tempat-tempat ini menggunakan salah satu daripada spesies Dr. Fish yang diternak dengan jayanya di Asia dikenali sebagai Garra rufa.

“Garra rufa boleh ditemui di beberapa negara Eropah Timur seperti Turki, Syria dan Jordan,” .

Penjagaan SPA Ikan

Bagi menjaga kebersihan air dan keselesaan pengunjung, air dalam kolam ditukar pada setiap hari.

“Selain itu, air disterilkan dengan penggunaan sinar ultra lembayung sebanyak 2,000 Watt untuk membunuh bakteria dan virus yang terdapat di dalam air.

“Penurasan pasir juga dilaksanakan untuk mengasingkan partikel-partikel seperti lebihan makanan ikan dan sisa kumbahannya,”.

Tambahnya, rawatan ozon turut diadakan untuk memecahkan sisa cecair seperti urea, peluh, darah dan sebagainya kepada oksigen sekali gus membentuk air semula jadi.

Aras pH air juga dikekalkan pada tahap neutral dan suhu dikawal pada sekitar 30 darjah selsius.

“Ikan-ikan ini diberi makan cacing dan spirulina setiap hari untuk kesihatan dan diet mereka,”.

Untuk mendapatkan hasil yang efektif melalui rawatan spa ikan ini, digalakkan rawatan dilakukan dua kali seminggu dengan masa minimum 30 minit dan tidak lebih daripada sejam.

2 Responses to Terapi spa ikan

  1. info yang menarik…gmana sih cara kerja dan prinsip dasar dari terapi ikan??apa dari akuputur ??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: