YM Tengku Faris Petra

Note: Dari Email Yang Ikhlas dari : Pok Joong @ Mohamad Qamardin

Berita ni agak lama..namun bila baru lepas bersembang dengan orang2 kampung..cerita ni masih segar dalam ingatan diaorang..kebanggaa n rakyat setempat..

Mudah-mudahan Tengku Faris akan menjadi seorang yang bertaqwa dan menjadi pejuang dan pendokong agama Islam di negeri kelantan yang bertuah dan di Malaysia amnya..

Kami semua bangga dengan Tengku dan kami akan menyokong Tengku…Tengku lah harapan kami memartabatkan kembali imej raja2 melayu yang lama telah lesu…dengan izin Allahuakbar! !!

PUJIAN PADA TENGKU FARIS
Tuesday, January 19, 2010 ,
Posted by SYED HUSSAIN IDROS at 4:10 PM

Rakyat Malaysia lebih maklum bahawa di setiap negeri yang mempunyai Raja atau Sultan, tugas dan tanggungjawab perihal agama Islam diletak di bawah bidang kuasa Kebawah Duli. Secara tidak langsung, Kebawah Duli adalah Khalifah kepada setiap rakyatnya yang beragama Islam dan juga yang bukan beragama Islam. Perintah Baginda mengenai hal ehwal agama mestilah dipatuhi oleh sekalian rakyat jelata dan sudah tentu ianya adalah kepada ajaran Al-Quran dan Hadis.

Baru-baru ini rakyat Malaysia telah digemparkan oleh suatu peristiwa yang mana Pemangku Raja Kelantan telah mengimamkan solat hajat yang dimakmumkan oleh Nik Aziz dan beberapa lagi para Ulamak. Seperti kata Nik Aziz, sepanjang hayat beliau selama 75 tahun, belum pernah ada di kalangan Pemangku Raja yang mengimamkan solat dan usaha murni ini telah bermula di negeri Kelantan.

Peristiwa ini telah memberi impak yang sangat ………. sehingga tidak terkata. Mungkin peristiwa ini akan menjadi iktibar dan akan berlaku di negeri-negeri lain di Malaysia. Apa sekali pun, inilah dia Tengku Faris yang mempunyai keperibadian yang tersendiri yang disenangi oleh sekalian rakyat negeri Kelantan dan mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan rakyat Baginda.


Sepanjang baginda memangku sebagai sultan Kelantan, sebahagian duit elaun memangku digunakan untuk membeli lembu-lembu dan disedekahkan untuk masjid2.. Tengku berpesan agar disimpan untuknya seekor..bukan untuk beliau makan sorang2.. tetapi untuk Baginda sembelih dengan tangan baginda sendiri..

KOTA BAHARU, 28 Nov

Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra (tengah) berkenan menyembelih lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha di perkarangan Komplek Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra di sini, hari ini. Sebanyak 50 ekor lembu di korbankan dan daging diagihkan kepada golongan fakir miskin dan anak-anak yatin yang tinggal di kawasan berdekatan.

Pemimpin macam inilah yg wajar kita ikut…..

InsyaAllah … pada pendapat aku jika semua pemimpin dinegara kita mengamalkan cara hidup yang bersederhana dan tidak sombong dengan rakyat … Allah S.W.T akan melimpahkan kurnianNYA kepada pemimpin dan rakyat … Amin ….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: