Pengguna kereta perlu periksa tekanan angin tayar

Check Tyre Preasure

SALAH satu aspek yang kurang diberi perhatian pemilik kenderaan ialah tekanan angin pada tayar. Sesetengahnya tidak peduli sama ada tayar keretanya keras atau kurang angin.

Mahu tidak mahu tekanan angin hendaklah selalu diperiksa. Tekanan angin rendah adalah punca utama kerosakan tayar. Pengguna harus menambah tekanan angin apabila membawa beban yang lebih tinggi dan jangan bergantung kepada penglihatan mata kasar untuk menentukan tahap tekanan angin.

Harus diingat, membeli tayar berkualiti, saiz yang tepat untuk kereta serta mendapatkannya daripada peniaga yang memiliki reputasi dianggap ciri penting untuk keselamatan, memanjangkan jangka hayat tayar serta kepuasan memandu di atas setiap jenis permukaan jalan.

Namun, semua ciri itu hanya satu permulaan saja kerana tayar tetap perlukan penjagaan yang betul dalam usaha mendapatkan pulangan setimpal dari segi prestasi serta ketahanannya.

Walaupun pengetahuan cara menjaga tayar penting bagi memastikan keselesaan serta keselamatan pemandu dan penumpang, tidak ramai arif dalam bidang berkenaan.

Sebaliknya, ramai yang hanya tahu mengisi tekanan angin dan menyerahkan tanggungjawab seterusnya kepada mekanik apabila kereta sesekali dihantar ke pusat servis.

Sebenarnya, tanggungjawab pemandu serta cara pemanduan berperanan penting bagi tayar dan Goodyear yang mengambil berat keselamatan dan keselesaan pengguna mahu berkongsi pengetahuan menjaga tayar dengan menawarkan buku panduan Bagaimana Menjaga Tayar Anda.

Buku dwibahasa itu menyediakan petua serta saranan yang boleh membantu pemandu mendapatkan prestasi optimum dan jangka hayat lebih lama, di samping mendapatkan pulangan lumayan daripada pelaburan ke atas tayar.

Sementara itu tolok pengukur tekanan angin pula tidak dijual di pasaran, tetapi ia penting untuk membaca tekanan angin yang menjadi faktor utama bagi tayar. Sebanyak mega_shok.gif peratus daripada masalah tayar selesai sekiranya tekanan anginnya mencukupi dan sentiasa dijaga dengan pemeriksaan sekurang-kurangnya dua minggu sekali.

Antara masalah biasa mengenai tekanan angin.

Berapa tinggi tekanan angin yang mesti saya isikan di dalam tayar kereta saya?

maklumat tyre presure

Tekanan angin adalah perkara yang paling penting untuk penjagaan tayar. Tahap tekanan angin di dalam tayar mestilah mengikut maklumat yang diberikan pada buku panduan pemilik kenderaan.

Pengeluar kenderaan juga mempamerkan maklumat mengenai saiz tayar dan tekanan angin pada salah satu tempat berikut iaitu di sisi pintu pemandu, di kerangka pintu atau di dalam kotak sarung tangan.

Sekiranya saiz tayar berlainan daripada yang dicadangkan, pemandu dinasihatkan mendapat maklumat daripada pengeluar kenderaan atau pembuat tayar.

Bagaimana jika tekanan angin tayar dalam kereta saya rendah?

Tekanan angin rendah adalah punca utama yang memusnahkan tayar. Tayar yang bergerak di bawah tekanan angin rendah akan mengalami kenaikan suhu dan pengurangan kemampuan membawa beban akibat lenturan dinding sisi yang berlebihan.

Ia juga akan meningkatkan penggunaan petrol. Sementara itu angin yang diisi seperti dicadangkan akan meningkatkan jangka hayat tayar sekali gus menjimatkan penggunaan bahan api.

Berapa kerapkah saya perlu memeriksa tekanan angin kereta saya?

Anda tidak boleh menentukan tekanan angin hanya dengan anggaran penglihatan mata kasar saja terutama bagi tayar lapis jejarian (radial plytyre).