YM Tengku Faris Petra

April 15, 2010

Note: Dari Email Yang Ikhlas dari : Pok Joong @ Mohamad Qamardin

Berita ni agak lama..namun bila baru lepas bersembang dengan orang2 kampung..cerita ni masih segar dalam ingatan diaorang..kebanggaa n rakyat setempat..

Mudah-mudahan Tengku Faris akan menjadi seorang yang bertaqwa dan menjadi pejuang dan pendokong agama Islam di negeri kelantan yang bertuah dan di Malaysia amnya..

Kami semua bangga dengan Tengku dan kami akan menyokong Tengku…Tengku lah harapan kami memartabatkan kembali imej raja2 melayu yang lama telah lesu…dengan izin Allahuakbar! !!

PUJIAN PADA TENGKU FARIS
Tuesday, January 19, 2010 ,
Posted by SYED HUSSAIN IDROS at 4:10 PM

Rakyat Malaysia lebih maklum bahawa di setiap negeri yang mempunyai Raja atau Sultan, tugas dan tanggungjawab perihal agama Islam diletak di bawah bidang kuasa Kebawah Duli. Secara tidak langsung, Kebawah Duli adalah Khalifah kepada setiap rakyatnya yang beragama Islam dan juga yang bukan beragama Islam. Perintah Baginda mengenai hal ehwal agama mestilah dipatuhi oleh sekalian rakyat jelata dan sudah tentu ianya adalah kepada ajaran Al-Quran dan Hadis.

Baru-baru ini rakyat Malaysia telah digemparkan oleh suatu peristiwa yang mana Pemangku Raja Kelantan telah mengimamkan solat hajat yang dimakmumkan oleh Nik Aziz dan beberapa lagi para Ulamak. Seperti kata Nik Aziz, sepanjang hayat beliau selama 75 tahun, belum pernah ada di kalangan Pemangku Raja yang mengimamkan solat dan usaha murni ini telah bermula di negeri Kelantan.

Peristiwa ini telah memberi impak yang sangat ………. sehingga tidak terkata. Mungkin peristiwa ini akan menjadi iktibar dan akan berlaku di negeri-negeri lain di Malaysia. Apa sekali pun, inilah dia Tengku Faris yang mempunyai keperibadian yang tersendiri yang disenangi oleh sekalian rakyat negeri Kelantan dan mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan rakyat Baginda.


Sepanjang baginda memangku sebagai sultan Kelantan, sebahagian duit elaun memangku digunakan untuk membeli lembu-lembu dan disedekahkan untuk masjid2.. Tengku berpesan agar disimpan untuknya seekor..bukan untuk beliau makan sorang2.. tetapi untuk Baginda sembelih dengan tangan baginda sendiri..

KOTA BAHARU, 28 Nov

Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra (tengah) berkenan menyembelih lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha di perkarangan Komplek Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra di sini, hari ini. Sebanyak 50 ekor lembu di korbankan dan daging diagihkan kepada golongan fakir miskin dan anak-anak yatin yang tinggal di kawasan berdekatan.

Pemimpin macam inilah yg wajar kita ikut…..

InsyaAllah … pada pendapat aku jika semua pemimpin dinegara kita mengamalkan cara hidup yang bersederhana dan tidak sombong dengan rakyat … Allah S.W.T akan melimpahkan kurnianNYA kepada pemimpin dan rakyat … Amin ….


Rumah Menteri Besar kat Malaysia and Geng

March 25, 2010


RUMAH KHIR TOYO YANG DIKATAKAN BERNILAI RM24 JUTA TETAPI DINAFIKAN BELIAU DAN MENYATAKAN RUMAH TERSEBUT HANYALAH BERNILAI RM3.5 JUTA SAHAJA DAN DIBELI MELALUI PINJAMAN BANK HSBC..

MENJADI MENTERI BESAR TAK SELAMA MANA BELIAU TELAH BERUPAYA MEMILIKI RUMAH YANG SANGAT BESAR DAN BOLEH DIKATAKAN DILUAR KEMAMPUAN SEBENAR SEORANG BEKAS MB…

APA PON ANDAIAN KITA,HANYA KHIR TOYO YANG MEMPUNYAI JAWAPAN BERAPAKAH HARGA BANGLO TERSEBUT DAN DARI MANAKAH SUMBER KEWANGAN BAGI MEMBELI BANGLO TERSEBUT…..

Rumah Mukhriz anak Mahadir


ni rumah Ramli Marahaban kroni Musa Khan Al-Pushtuni


ni plak rumah Ketua Pemuda Umno Sabah, Japlin yang juga hanya seorang Pembantu Menteri.


rumah musa aman, yg kena buat dua kali…


rumah yahya hussin

BANDINGKAN

YANG INI PULA RUMAH MENTERI BESAR KELANTAN TUAN GURU DATO NIK AZIZ NIK MAT…

LEBIH KURANG RUMAH KITA DI KAMPUNG SAHAJA…TANPA KOLAM RENANG,SEKURITI,GARAJ KERETA MEWAH DAN YANG PALING LUAR BUASA BAGI SEORANG MENTERI BESAR DI MALAYSIA IALAH RUMAHNYA JUGA TIDAK DIKELILINGI TEMBOK PAGAR BESAR…MALAH PAGAR BIASA PUN TIADA..SENANG CAKAP RUMAH TAK BERPAGAR LA…

SEDANGKAN TOK GURU NIK AZIZ TELAH MENJADI MENTERI BESAR SELAMA 5 PENGGAL..INILAH CONTOH SEBENAR PEMIMPIN YANG MENGUTAMAKAN KEPENTINGAN RAKYAT LEBIH DARIPADA KEPENTINGAN DIRI SENDIRI…SUATU SIKAP YANG SANGAT SUKAR DICARI DI KALANGAN PEMIMPIN

Berita asal dari Kedahlanie:
Ini rumah YAB MB Di Jalan Sultanah, rumah pusaka keluarge sebelah isterinya yang pertama. YAB MB tidak memiliki rumah di Kedah, walaupun sudah menjadi wakil rakyat sejak 3 penggal lalu dan dalam penggal ini menjadi YAB Menteri Besar. Rumah milik beliau dibina sekitar tahun 1989 di Teras Jernang, Bangi, sewaktu menjadi Pensyarah UKM selama 20 tahun.



Rumah di Sungai Limau dalam KedahLanie tu disewa dari PAS Kawasan Jerai, setahu saya RM1,000 sebulan.. Ia adalah sebahagian daripada bangunan Markaz yang diubahsuai menjadi kediaman. Di situ beliau tinggal bersama isteri keduanya dan 6 orang anak…

Hidupnya serba sederhana sejak remaja, belajar, bekerja hinggalah kini menjadi Menteri Besar Kedah.


Hati hati dgn Email Scam BANK!

May 11, 2009

Assalamualaikum ….

Just for Note .. please notice!

Beberapa hari dan minggu yang baru baru ini aku sering terima email “YANG MENCURIGAKAN” …. aku sejak kena dengan “Nigeria Scammer” aku kini lebih berhati hati utk reply email. Pelik jugak aku terima dari Maybank dan juga CIMB yang mengatakan akaun aku ada masalah. Kalau dari Maybank ya la aku ada akaun dgn Maybank … kalau CIMB aku mana ada akaun dengan CIMB. AKu terima email … dari “Maybank” konon aku ada masalah dengan akaun … jadi aku di kehendaki klik pada untuk LOGIN pada URL yang telah diberikan …. aku cuba letak cursor mouse/roll over pada link yang diberikan …. apa yang keluar bukannya link Maybank2U … tapi link lain macam yang dapat korang tengok seperti dibawah.

Aku ada baca jugak kisah kisah orang kena tipu pasal email email begini. So jadi bagi sesapa yang terima email begini jangan layan email begini … sebab bila kita dah masuk WEB yang dilinkkan … bila kita masukkan kata laluan dan password … SCAMMER akan dapat masuk kedalam akaun bank kita. Hati hati dgn scammer …. jgn pulak habis duit dalam bank disapu!

Kalau nak pastikan akaun akaun kita ada masalah atau tidak baik kita masuk melalui browser dan gunakan URL RASMI bank-bank yang kita dah selalu guna … bukan dgn URL melalui LINK dalam email yang merupakan perangkap scammer!


Apa, siapa, mengapa Tok Guru Nik Aziz Nik Mat?

August 1, 2008

BELUM ADA lagi pemimpin Melayu/Islam yang mampu menandingi kezuhudan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Cakapnya perlahan, tapi isinya dalam, beliau dihormati kawan dan lawan, baik Dr Mahathir, Ku Li, bahkan Lim Kit Siang sendiri. Mahu tahu mengenai peribadinya? Mengenalinya lebih dekat?

Ulama Islam dan tokoh politik Melayu

Tok guru bersalaman dengan Tun Dr MahathirTENANG, warak, penyabar dan pemurah adalah merupakan ciri-ciri utama yang terkandung di dalam peribadi Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang ke-5.

Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz adalah seorang ulama dan tokoh politik tanahair yang tidak asing lagi sejak lebih tiga dekad yang lalu. Tidak syak lagi, beliau adalah satu-satunya tokoh politik yang paling komited dan paling gigih memperjuangkan Islam sebagai ad-Deen yang perlu ditegakkan di negara ini.

Alhamdulillah, berkat kesabaran, kegigihan dan komitmennya yang total di dalam perjuangannya itu, akhirnya fajar kejayaannya sudah mula menyinsing di ufuk kenyataan hidup. Kelantan sudahpun dapat ditawannya. Berikutnya beliau telah dipilih untuk mengetuai kabinet Kerajaan Islam di negeri ini.

“Semacam ada persafahaman antara para malaikat di langit dan para pengundi di bumi,” kata Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz ketika mengulas kemenangan PAS dan Angkatan di dalam pilihanraya umum yang baru lalu.

Selaku Menteri Besar, Tuan Guru Haji Nik Aziz telah membuktikan keupayaan dan kecekapan beliau memimpin kerajaan Islam di negeri Serambi Mekah yang baru sahaja jatuh ke tangannya itu. Pelbagai saranan dan pembaharuan yang membina telah diperkenalkannya.

Tok guru di kediaman beliauBeliau memotong gajinya sebanyak 40 peratus untuk Tabung Kewangan PAS Negeri Kelantan. Beliau enggan menerima elaun tahunan untuk menyediakan pelbagai juadah kerana menyambut hari raya. Beliau memberi amaran supaya para Exco, ADUN dan kakitangan kerajaan tidak melibatkan diri di dalam apa jua bentuk rasuah dan penyelewangan. Dan beliau mengambil pelbagai langkah lain lagi bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih, adil dan Islamik.

Ketaralah, di sebalik tubuh yang kecil itu, terhimpun segala kekuatan dan keberanian yang boleh melemahkan pihak musuh, betapa pun kuat dan ramai bilangan mereka.

Ahli Parlimen yang komited

Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.

Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.

Malangnya ucapan-ucapannya yang bernas dan panjang lebar itu telah tidak di beri liputan yang sewajarnya di dalam media massa – baik di dalam akhbar-akhbar utama mahupun di dalam media letronik seperti TV dan radio. Hal ini dapat difahami kerana hampir kesemua alat media massa yang penting di negara ini berada di bawah kawalan kerajaan Barisan Nasional.

Kerjaya awal sebagai ahli politik

Oleh kerana agama dan politik itu saling kait mengait dan tidak boleh dipisahkan, maka Tuan Guru akhirnya telah menceburkan dirinya di dalam kegiatan politik tanahair. Beliau memilih PAS oleh kerana parti itu memperjuangkan Islam dan bercita-cita untuk menegakkan sebuah pemerintahan Islam di negara ini.

Pembabitan beliau di dalam politik tanahair melalui PAS tidaklah pula sampai beliau mengabaikan penglibatannya di bidang dakwah dan pendidikan agama.

Mulai tahun 1967 Tuan Guru Haji Nik Abdul Azizl mula menyertai PAS. Dalam tahun yang sama beliau telah dipilih untuk bertanding dalam suatu pilihanraya kecil di Kelantan. Beliau menang di dalam pilihanraya kecil itu.

Sejak itu hampir setiap kali pilihanraya, beliau sentiasa memenangi kerusi Parlimen yang ditandinginya iaitu Kerusi Parlimen Pengkalan Chepa. Malah Pengkalan Chepa telah muncul sebagai kubu PAS dan sejak dahulu hingga sekarang kerusi Parlimen Pengkalan Chepa tidak pernah dapat ditawan oleh UMNO atau BN.

Mengetuai Dewan Ulama PAS Pusat

Memandang kepada ketokohan dan kewibawaannya sebagai seorang ulama, beliau telah diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan PAS untuk mengetuai Dewan Ulama PAS Pusat mulai akhir tahun 1960an.

Selaku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sering mengingatkan ahli-ahli PAS dan umat Islam di negara ini agar mematuhi kesemua ajaran Rasulullah SAW. Bukannya mengambil bahagian-bahagian tertentu dan membuang bahagian-bahagian yang lain yang dirasa bercanggah dengan kepentingan peribadi.

Kerajaan contoh

Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu.

Satu hal yang menarik ialah di samping kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak – dalam dan luar negeri – Tuan Guru Haji Abdul Aziz masih mampu meneruskan ceramah mingguannya pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad Bangunan PAS yang terletak ditengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Serambi Mekah itu.

Di sinilah – di Dewan Zulkifli Muhammad inilah – ribuan umat Islam akan berkumpul beramai-ramai pada setiap pagi Jumaat untuk mengikuti ceramah mingguan YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang mereka kasihi dan hormati itu.

Dengan kesungguhan, keberanian dan komitmen yang total, kita yakin kerajaan Angkatan di negeri Kelantan yang dipimpin oleh YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat akan berjaya menegakkan sebuah kerajaan Islam di negeri Serambi Mekah ini. Dan kerajaan Islam Serambi Mekah ini, insya Allah akan menjadi sebuah kerajaan Misali yang akan menjadi panduan dan rujukan kepada kerajaan-kerajaan negeri yang lain di negara ini khasnya dan kepada kerajaan-kerajaan Islam di luar dari negara ini amnya. LOTFI ISMAIL


Biography of Tuan Guru Nik Aziz

August 1, 2008

Biography part 1

Biography part 2

p/s: Ya Allah, panjang kan lah umur Tuan Guru Nik Aziz.amiin.