Setiap Wanita itu Cantik

November 20, 2008

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya “Mengapa engkau menangis?”

“Kerana aku seorang wanita”, kata sang ibu kepadanya. “Aku tidak mengerti”, kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, “Dan kau tak akan pernah mengerti”

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, “Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?” “Semua wanita menangis tanpa alasan”, hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, “Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?”

Allah berfirman:

“Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan ”

“Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya ”

“Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh “

“Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya “

“Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya “

“Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu”

“Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.”

“Kau tahu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.”

“Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya ” tempat dimana cinta itu ada.”

Kirimkan ini kepada setiap wanita yang Anda kenal hari ini untuk memperingati Bulan Sejarah Wanita.Jika Anda lakukan, sesuatu yang baik akan terjadi. Anda akan menambah harga diri wanita!

Kirimkan msg ini juga kepada kaum lelaki, supaya mereka sedar dan ingat akan kecantikan wanita mereka yang azali..bukan pada kecantikan luaran semata-mata. Selami lah hati wanita mu.. dan ingat lah…Setiap Wanita itu Cantik.

Advertisements

Nampak Tak?

November 20, 2008

Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal…

Guru tadika
: Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid
: Nampak cikgu.
Guru tadika
: Pen ada kan?
Murid-murid
: Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu
ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..


Guru tadika
: Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid
: tak nampak cikgu.
Guru tadika
: pen ada tak?
Murid-murid
: tak ada cikgu.
Guru tadika
: Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid
: tak nampak cikgu.
Guru tadika
: Tuhan ada tak?
Murid-murid
: tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan…


Amin
: Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika
: Boleh,mari ke depan.
Amin
: Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid
: nampak.
Amin
: cikgu ada kan?
Murid-murid
: ada.
Amin
: Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid
: tak nampak.
Amin
: cikgu ada otak tak?
Murid-murid
: tak ada.


Harraz … masa baby

November 18, 2008

Muhammad Harraz masa sejak lahir hingga ke umur dia 1 tahun


Rosmani … My Wife

November 18, 2008

Ini adalah isteri aku Rosmani. Dia orang Machang, Kelantan. We get married on 24th January year 2001. Masa kawin dengan dia umur dia 24th. Gambar belah yang tepi pantai tu diambil masa gi Port Dickson, Negeri Sembilan dan yang belah kanan pakai jaket hitam tu masa pergi Gunung Stong, Jeli, Kelantan. Time tu belum ada baby lagi.

Gambar yang ini keduanya diambil masa gi bercuti kat Pulau Langkawi, Kedah. Masa ni dah ada baby … anak lelaki … Muhammad Harraz … our first child. Masa ni Harraz baru jer boleh meniarap … lebih kurang 8 bulan gitu belum sampai 1 tahun.


Nur Hani 8 bulan

November 18, 2008

Klip ini di ambil pada tahun Oktober 2008. Time ni Hani dah cukup 8 bulan dah umur dia.


Harraz 3 tahun

November 18, 2008

Harraz maso Umur 3 tahun … masa ni tahun 2005. Yang ni masa dia naik Doremon kat Cameron Highland.


3 budok buasss

November 18, 2008

3 ore sepupu Harraz, Hazim, Hazriq … maso ni kat Kampung Pangkal Mak Wan Machang, tengah bersiap nak pergi mandi kat Jeram Linang Pasir Puteh.