Nur Hani di awal tahun 2009

March 9, 2009







Gambar gambar ni aku ambil masa bulan Januari 2009. Dah 9 bulan dan Hani sekarang dah boleh naik Walker dah. 2-3 bulan lagi bulan Mac genap la umur dia 1 tahun. Alhamdulillah dia kini sihat walafiat dan cergas. Dah pandai nakal nakal lagi dia sekarang ni 🙂

Advertisements

Nur Hani 8 bulan

November 18, 2008

Klip ini di ambil pada tahun Oktober 2008. Time ni Hani dah cukup 8 bulan dah umur dia.


Nur Hani is HAPPY moment

May 24, 2008


Nur Hani Slide Show

May 24, 2008


Nur Hani Hari Ke 46 … Balik rumah!!

May 11, 2008

Sabtu / 10 Mei 2008 / 05 Jamadil Awal 1429

Hari hari gembira untuk kami sekeluarga. Hani dah dibenarkan untuk discharge dari wad selapas mendapat pengesahan dari Doktor Pakar yang merawat dia. Syukurlah …. Allah dah perkenankan doa doa kami semua agar menjaga dan memberikan kesihatan secukupnya kepada Nur Hani. Doktor kata dia dibenarkan balik dengan bersyarat supaya Nur Hani mengikuti temujanji temujanji susulan dengan doktor pakar ikut tarikh yang telah diberi dan dia pesan kalau ada apa apa yang pelik agar segera dibawa ke hospital. Syukurkan masa masa kritis dulu dah berlalu, semoga Nur Hani sentiasa dipelihara Allah s.w.t.


Nur Hani hari ke 40

May 4, 2008

Ahad / 04 Mei 2008 / 28 Rabiul Akhir 1429

Hari ini genaplah hari ke 40 Hani berada dihospital. Nasib baiklah Hospital Kajang tu dekat jer dengan rumah lebih kurang 1.5 kilometer jer … kalau tak ‘penat’ jugak aku suami isteri nak melawat hari hari, terutamanya dia kena breast feed tapi kena ‘perah’ masuk dalam bekas sebab dia tak pandai menetek lagi. Hari ini berat dia dah naik 1.7 kilo, tadi petang Hospital telepon mintak ibu dia datang duduk dalam wad bersama anak. Nampak happy betul orang rumah aku petang ni hari ni dia dibenarkan menjaga dan tinggal bersama ‘puterinya. Kalau dah ibu tinggal bersama aku agak 1-2 minggu lagi mungkin Hani akan dibenarkan pulang.














Semoga Hani Sentiasa Mendapat perlindungan Allah s.w.t.


Nur Hani hari ke 30

April 24, 2008

Khamis / 24 April 2008 / 17 Rabiul Akhir 1429

Gambar gambar terbaru Hani hari ke 30 …. dia masih lagi dalam incubator. Tadi lepas bagi minum susu dia celik mata tengok aku dengan wife datang tengok dia dan aku senang hati tengok dia senyum jer. Hari ni nurse kata berat dia dah naik 1.42 kilo lebih kurang.