Suasana sedih … 26 Safar 1430 H

February 24, 2009

Assalamualaikum ….

2 hari lepas 22hb.Febuari.2009 adalah hari yang sedih buat keluarga isteri aku Rosmani kerana pagi Ahad 26 Safar 1430 H …. datuknya telah meninggal dunia di rumah ayahnya di Kpg. Pkl. Mak Wan Machang Kelantan dalam umur lingkungan 97 tahun. Seminggu sebelum itu arwah telah dimasukkan ke hospital. Selepas di bawa balik kerumah arwah kelihatan selalu sugul dan tidak ceria seperti hari hari biasa. Menggikut isteri aku … arwah kurang bercakap bila ditanya. Arwah meninggal disebabkan lebih kepada faktor usia dan selalu sakit sakit. Arwah adalah seorang yang baik dan tidak cerewet semasa hidupnya.

Jadi bagi sesiapa yang membaca artikel ini … diminta jasa baik untuk menghadiahkan “Al-Fatihah” untuk arwah, dan niat serta doakan semoga arwah ditempatkan dikalangan orang orang yang soleh. Amin ya rabbal alaminnnnnn ….


18hb.Februari.2009

February 19, 2009

Pada hari ini 18th Februari …. Hari Lahir Aku yang ke 33 tahun. Mmmm … dah 33 tahun dah aku tahun ni. Apa ya perubahan yang berlaku pada aku tahun ni … nanti sat aku pikir. Mungkin  ini senarainya:

1. Berat badan aku dah naik aku rasa dari tahun lepas
2. Aku dah berhenti kerja kat Netcarbon sebab nak join family aku buat bussiness kat Sabah.
3. Rumah aku yang kat kajang aku terpaksa tinggalkan.
4. 24hb. Januari sambut Ulangtahun perkahwinan aku yang ke 10 sederhana sahaja kat kedai makan.
5. Aku sambut Hari Lahir tahun ni dengan Ma, Abah dan adik adik aku kat Kota Kinabalu …. dan tanpa anak isteri yang terpaksa tinggal kat Kelantan.
6. Aku sambut Hari Lahir dengan ‘cukur kepala’ …. isteri aku gelak bila aku cakap aku dah cukur kepala … he he.

Apa pun aku bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana masih memberikan aku umur yang panjang dan berharap aku masih berpeluang menyambut Hari Lahir yang ke 34 tahun … InsyaAllah.