Nur Hani di awal tahun 2009

March 9, 2009







Gambar gambar ni aku ambil masa bulan Januari 2009. Dah 9 bulan dan Hani sekarang dah boleh naik Walker dah. 2-3 bulan lagi bulan Mac genap la umur dia 1 tahun. Alhamdulillah dia kini sihat walafiat dan cergas. Dah pandai nakal nakal lagi dia sekarang ni 🙂


Suasana sedih … 26 Safar 1430 H

February 24, 2009

Assalamualaikum ….

2 hari lepas 22hb.Febuari.2009 adalah hari yang sedih buat keluarga isteri aku Rosmani kerana pagi Ahad 26 Safar 1430 H …. datuknya telah meninggal dunia di rumah ayahnya di Kpg. Pkl. Mak Wan Machang Kelantan dalam umur lingkungan 97 tahun. Seminggu sebelum itu arwah telah dimasukkan ke hospital. Selepas di bawa balik kerumah arwah kelihatan selalu sugul dan tidak ceria seperti hari hari biasa. Menggikut isteri aku … arwah kurang bercakap bila ditanya. Arwah meninggal disebabkan lebih kepada faktor usia dan selalu sakit sakit. Arwah adalah seorang yang baik dan tidak cerewet semasa hidupnya.

Jadi bagi sesiapa yang membaca artikel ini … diminta jasa baik untuk menghadiahkan “Al-Fatihah” untuk arwah, dan niat serta doakan semoga arwah ditempatkan dikalangan orang orang yang soleh. Amin ya rabbal alaminnnnnn ….


18hb.Februari.2009

February 19, 2009

Pada hari ini 18th Februari …. Hari Lahir Aku yang ke 33 tahun. Mmmm … dah 33 tahun dah aku tahun ni. Apa ya perubahan yang berlaku pada aku tahun ni … nanti sat aku pikir. Mungkin  ini senarainya:

1. Berat badan aku dah naik aku rasa dari tahun lepas
2. Aku dah berhenti kerja kat Netcarbon sebab nak join family aku buat bussiness kat Sabah.
3. Rumah aku yang kat kajang aku terpaksa tinggalkan.
4. 24hb. Januari sambut Ulangtahun perkahwinan aku yang ke 10 sederhana sahaja kat kedai makan.
5. Aku sambut Hari Lahir tahun ni dengan Ma, Abah dan adik adik aku kat Kota Kinabalu …. dan tanpa anak isteri yang terpaksa tinggal kat Kelantan.
6. Aku sambut Hari Lahir dengan ‘cukur kepala’ …. isteri aku gelak bila aku cakap aku dah cukur kepala … he he.

Apa pun aku bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana masih memberikan aku umur yang panjang dan berharap aku masih berpeluang menyambut Hari Lahir yang ke 34 tahun … InsyaAllah.


Selamat Ulang Tahun ke 9

January 25, 2009

Semalam 24/01/09 genap usia perkahwinan kami 9 tahun. Syukur kepada Allah S.W.T dikurniakan dengan 2 orang cahaya mata … Harraz dah masuk darjah 2 dan Hani dah 10 bulan nak masuk 1 tahun dah. Semoga kekal hingga akhir hayat kami. Amin. Sekejab je masa berlalu, sekarang ni dah masuk 9 tahun.

Semalam kami menyambut ulang tahun perkahwinan dengan anak-anak. Kami sekeluarga gi makan kat restoran Malee Sungai Kantan, Kajang. Aku cakap kat diaorang nak order apa pun order la … malam ni tak kisah 🙂 . Menu utama malam tadi ialah Ikan Stim … Cik Nie dengan Harraz suka makan ikan stim kat situ. Sebenarnya aku nak masukkan gambar perkahwinan kami, tapi semua gambar kawin printed (filem). Masa aku kawin dulu mana ade macam sekarang ni semua dalam digital kan. So kami kire kategori otai la hehehe… Nanti kalau ada masa aku akan scan atau refoto semula untuk tatapan korang… (tapi jgn gelak, gambar kawin aku dulu hensem sikit dari sekarang hehehe…)

Ok semua, Selamat bercuti ya sempena dikebetulan cuti Raya Cina tahun ni … 🙂


Harraz … masa baby

November 18, 2008

Muhammad Harraz masa sejak lahir hingga ke umur dia 1 tahun